Tetapi yang menjadi persoalan adalah bagaimana menghasilkan duit dari dunia forex ini? Ini juga merupakan soalan biasa bagi saya sewaktu mula-mula mengenali forex.Untuk memahami situasi ini, pertama sekali anda harus tahu bagaimana kebiasaan jual beli berlaku di pasaran. Kita ambil contoh urusan jual beli saham. Untuk membuat keuntungan dalam pasaran saham sudah tentu dengan membeli pada harga yang murah dan jualkannya pada waktu harganya meningkat. Tetapi apa akan berlaku jika keadaan menjadi sebaliknya. Apabila harga saham yang dibeli jatuh melangkaui harga asal anda beli, maka anda mengalami satu urusan saham yang rugi.
Adakah ini berlaku di dalam pasaran forex?
Ya, sudah pasti. Apa sahaja yang naik pasti akan turun. Tetapi berbeza dengan pasaran yang lain, apabila berlaku kejatuhan ekonomi, pasti memberi kesan kepada semua jenis pasaran. Namun pasaran forex mempunyai kelebihan dimana keuntungan dapat dibuat paling tinggi pada waktu kejatuhan ekonomi. Lakukan sell dan anda akan membuat keuntungan mengikut kejatuhan pasaran. Apa yang dimaksudkan di sini adalah tidak kira apa sahaja keadaan pasaran dunia sama ada naik atau turun, ia tidak akan mempengaruhi forex trader dalam menghasilkan keuntungan. Paling penting adalah ikut trend pasaran dan hanya dengan satu klik, anda dapat menghasilkan duit.
1 comments:
Penjelasan umum yang jelas
Post a Comment